Pages

Thursday, May 5, 2011

Sahabat Seperjuangan

Wahai sahabat sepejuanganku,

Apabila mengenangkan perjuangan ini,

Hatiku berubah menjadi pilu,

Mengenangkan mehnah dan tribulasi,

Hatiku seringkali hiba dan sayu,

Kerna seringkali menzalimi diri sendiri,

Seringkali bermonolog sendiri,

Apakah aku layak berada di jalan ini?

Apakah aku diredhai di atas jalan ini?

Namun, aku tersedar sendiri,

Bahawa rahmat dan keampunanNya,

Tidak pernah meninggalkanku,

Bahkan akulah yang sering menjauhinya,



Wahai sahabatku,

Aku rindu bersamamu,

Meniti hari-hari perjuangan,

Melangkah dengan penuh keyakinan,

Aku rindu bersamamu,

Mengharungi kegelapan di kala siang,

Menyingkap realiti kehidupan hakiki,

Namun adakah engkau sahabatku,

Sanggup menghulurkan tanganmu,

Sanggup menyerahkan jasadmu,

Hatta menggadaikan nyamamu,

Demi perjuangan ini..



Wahai sahabat,

Aku tidak minta engkau menjadi payung,

Memayungiku dari panas membahang,

Aku tidak minta engkau menjadi tunggangan,

Menunggangiku ke medan jihad,

Aku juga tidak minta engkau menjadi bayangku,

Membayangiku pada masa yang singkat,

Tetapi sahabatku,

Aku pinta engkau menjadi jasadku,

Sama-sama merasa kesakitan,

Sama-sama merasa penderitaan

Sama-sama merasa kebahagiaan,



Itulah ukhuwwah fillah,

Idaman mujahid dan mujahidah,

Segalanya berpaksikan keimanan,

Hingga melahirkan SINERGI...

No comments:

Post a Comment