Pages

Tuesday, August 14, 2012

Hati Kecil itu -,-


"Manusia suka menghukum."
Terasa tertampar dengar ayat dia. Hanya mampu tersenyum dan mengiyakan :)

Walau hati diajar untuk bersangka baik. Kadang-kadang tetap tak mampu untuk lari dari menilai orang lain. Oh hati. -.-

Manusia hanya mampu untuk 'menghukum' dari segi zahirnya, dari apa yang dilihat. Tapi kita takkan pernah tahu apa yang dilalui dan dirasai selagi kita tidak berada di tempatnya.

*sigh*

"Don't judge a book by its cover."

Relevan lagikah pepatah ini? Kalau kita sentiasa menilai sebelum mengetahui apa yang berlaku sebenarnya? 




"Dia gagal sebab selalu main-main dalam study."
"Dia gagal sebab hubungan dengan Allah kuranglah tuh."

Allahu Allah.
Siapa kita untuk menilai?
Siapa kita untuk menghukum pada orang yang teruji?
Adakah dia ingin merasa kegagalan itu?
Apakah dia tahu dia akan diuji?

Allah uji dia.
Mungkin untuk kifarah dosanya.
Mungkin Allah mahu naikkan tahap keimanan dia.
Mungkin itu tandanya Allah sayangkan dia lebih dari kita!
Dan mungkin Allah uji dia dan dalam masa yang sama Allah uji kita, 
adakah kita mengambil pengajaran dari kisahnya.
Mungkin.

Siapa kita untuk menilai?

You know my name, not my story.

"Tahu tak, dia tak lepas exam hari tu sebab dia sakit. Allah uji dia dengan sakit dan kemudiannya tak lepas exam. Tapi dia still cool. Hebatkan?

Oh, patutlah. Tak tahu pun dia sakit." 

Dan saya hanya mampu tersenyum. 

Kadang-kadang bila melihat orang yang 'rendah' dari kita,
kita rasakan kita lagi baik darinya.
Kita rasakan Allah uji dia sebab ada yang tak kena dengannya.

Allah.
Teruknya hati kecil itu. -.-

Mungkin belum tiba masanya untuk kita rasai apa yang dia sudah lalui.
Bukankah Allah uji manusia mengikut kemampuan hambaNya?
Lain manusia, lain ujiannya.

Kejayaan yang kita ada sekarang, hanya satu ujian.
Sama ada kita bersyukur atau tidak.
Bila diberikan kegagalan, kita akan terus nampak ia satu ujian.
Kalau diberikan kejayaan, tapi kita tidak bersyukur, bukankah ia satu ujian juga? (=

Muhasabah diri.

Bila terima berita, selidiklah dulu.
Bila terdengar sesuatu cerita, bertanyalah dulu.
Bila terlihat sesuatu, usah cepat menghukum.
Tapi didiklah hati untuk sentiasa bersangka baik.

Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dengan apa yang kita lihat.
Latih hati untuk bersangka baik dengan apa yang kita dengari.
Ajar hati untuk selalu bersangka baik dengan semua orang.
Bahkan didik hati kecil itu bersangka baik dengan Allah.

Sungguh beruntung orang yang selalu bersangka baik.
Kerana jiwanya sentiasa damai,

kerana hatinya sentiasa tenang,
kerana fikirannya sentiasa lapang,
dari prasangka yang bukan-bukan.

Manusia suka menghukum, tanpa sempat untuk mengetahui.
Manusia suka menilai, walau hanya dengan satu pandangan kasar.

Kita tak suka orang menilai kita kan?
Jadi, jangan menilai orang!
Siapa kita untuk menilai manusia yang lain?
Sesungguhnya, 
yang hanya berhak untuk menilai adalah DIA yang Maha Mengetahui.




Sunday, April 8, 2012

Best Quote 7 Petala Cinta . AWESOME =,=

Salam Ziarah ! :) Lepas tengok 7 Petala cinta ni , hehe . Saja nak kongsi .

-''Setiap wanita mempunyai ATTAR dalam hatinya'' .:: umi ::.

-''Ilmu itu ibarat haiwan liar , dan tali pengikatnya ialah catatan'' .::saida.::

-''Duhai bakal imamku , jangan biarkan hadirmu sekelip mata , dan jangan biarkan kebersamaan kita hanya sementara'' .::saida::.

-''Mana mungkin budak penyusun selipar macam aku ni layak untuk anak abi'' .:: attar .::

-''Mana ada penjenayah yang masuk rumah ALLAH , yang masuk rumah ALLAH ini orang yang baik2 orang yang mencari keredhoan allah orang yang menjungjung titah perintah allah dan yang masuk rumah ALLAH ini yang mahu membersihkan diri dan bertaubat . sesiapapun yang masuk sebenarnya dia ialah tetamu ALLAH'' .:: abi .::

-''Sebesar mana pun dosa yang kita lakukan sesungguhnya pengampunan ALLAH itu seluas langit yang tidak bertepi .seluas lautan yang tidak berpenghujung . ingatlah jika semua jalan tertutup untukmu , carilah jalan allah , kerana jalan allah itu seluas tujuh petala langit seluas tujuh petala bumi'' .:: abi ::.

-''YA ALLAH kau dakap orang yang mendekatimu ya ALLAH . kau sayang orang yang menyayangimu,kau sambutlah orang yang menderhakaimu ini ya allah , terimalah aku menjadi hambamu YA ALLAH.'' .:: attar ::.

-''Sesungguhnya jika tidak kerana kurniaan allah dan rahmat darinya . Manusia dalam perbuatan keji selamanya'' .:: abi ::.

-''Cinta bukan  melemahkan , tapi menguatkan , Cinta juga bukan menyedihkan tetapi mengembirakan'' .::hamka::.

-''RABB , berikan aku kekuatan untuk mengubah kedukaan ini kepada kegembiraan , RABB,,izinkan aku melupakan kenangan ini selamanya'' .:: saida ::.

-''Dah setahun ea? Molek sungguh perangai Ustaz Attar kita ni , mengintai anak dara orang'' .:: saida ::.

-''Apa yang awak tahu tentang diri saya tak lebih dari satu matan dalam satu perenggan dalam satu bab'' .:: saida ::.

-''Kesedihan dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang'' .:: attar ::.

-''Orang yang bergantung pada ALLAH tidak akan merasa sepi sebenarnya'' .:: abi ::.

-''Kenapa harus menolak untuk berjumpa dengan kekasih abadi'' .::saida::.

-''Layakkah saya abi ?'' .:: attar ::.

-''Inilah dia saidatul nafisah , bakal penyejuk JANNATUL AJLA'' .::abi::.

-''Masa depan milik allah cik kita tak tahu apapaun dan sebentar lagipun kita tak tahu apa yang akan jadi . ALLAH tidak akan membubarkan permintaan kita sekelip mata sedangkan permintaan iblis yang ingkar pun ALLAH perkenankan apatah lagi permintaan kita hamba allah sendiri'' .::attar ::.

-''Attar terlalu baik oangnya ustaz,,kata2 Attar telah menyentuh hati saya , kerana itu saya datang kesini , untuk masa depan saya ustaz'' .:: nida ::.

-''Ini ke balasan awak ? setelah saya bukakan pintu hati saya untuk awak Attar ? manusia macam awak ni kalau dah berbau busuk pakailah minyak wangi banyak manana sekalipun akan tetap berbau bangkai ..'' .::saida::.

-''Saya minta maaf Attar , saya tahu itu khilaf saya , mempercayai apa yang telah terjadi sebelum ini tanpa neraca yang adil bagi diri awak . saya malu dengan diri saya sendiri dan saya tahu awak terluka . Sedalam dalam luka awak tu dalam lagi luka di hati saya . saya tak akan maafkan diri saya sendiri Attar . Tidak akan'' .:: saida::.

-''Semua ni mengajar kita untuk mengenal diri dan hati yang ikhlas,hanya orang yang berjiwa besar dan mengaku kesilapan diri sahaja yang akan merasainya,pengalaman itu adalah guru sejati untuk kita,apapun yang terjadi itu semua takdir allah yang harus kita hadapi dengan tabah'' .:: saida::.

-''Banyak perkara yang boleh berubah hanya dengan doa'' .:: attar::.

-''Izinkan saya menjadi jendera jiwa terindah buat puteri abi'' .::attar::.

-''Kerana cintakan saudara..sahabat menafkahkan jiwa '' .::hilma::.

-''Maafkan saya Hamka . saya tidak tunggu awak .'' .:: saida ::.

-''Layakkah saya untuk merasakan lebih arif tentang cinta daripada ALLAH s.w.t yang telah menitipkan cinta pada kalian berdua'' .:: hamka ::.

-''Semoga kalian berdua dapat mencipta CINTA syurga di dunia sebelum meraih syurga CINTA dia akhirat'' .:: hamka ::.

-''Di antara tujuh petala langit dan bumi , ada tujuh petala cinta '' .::hamka::.




Monday, April 2, 2012

Hanya Sejenak ~!

duhai alam yang merestui kejadian
mengapa sampai di sini?
ketika matahari sedang rembang. 
Jauh.
Pudar!


Sebenarnya apa? 
pencarian.
ditusuk.
sakit lagi.ah ! 
Salam sahabat ! :)

Ayuh Muhasabah diri kita , lembutkan hati , bina semangat baru , kekuatan baru . buat sahabat2 yang sedang mencari pilihan/jalan hidup yang terbaik . kembali pada ALLAH . insyaALLAH terbaik !!

Friday, March 30, 2012

Sahabat Teruskan Perjuanganmu !! ;)

Salam sahabat..kembali menulis semula.. ;) Ilham Nabila..seringkali aku melihat wajah sahabat ini dikala suka duka yang dilalui bersamanya sehari-hari . aku bersahabat dengannya kerana ALLAH .Aku sayang dia Ya ALLAH . Kurniakanlah dia jalan hidup yang mudah setelah jauh di mataku . selepas jam 1.30 , sudah termaktub dalam jadual pelajar-pelajar maktab mahmud bahawa masa untuk pulang telah pun tiba . seperti biasa dia melangkah kaki semakin menjauh meninggalkan bumi barakah untuk bersiap-siap meneruskan perjuangannya di medan lain .'' walau di mana kita berada pasti matlamat kita sama , iaitu mardhatillah '' tidak akan aku lupa lafaz yang sering kami ucapkan dikala ingin menyuntik kembali semangat baru dalam diri masing-masing.Ya ALLAH indahnya bersahabat keranaMu . Kemanisannya tidak hanya pada indahnya pertemuan . lintasan ''dia'' di hati , sudah cukup untuk memberikan pahala dan ganjaran dariNYA .

Wednesday, March 28, 2012

hatiku sekarang ? ==

salam sahabat !!
malam sudah mula meninggalkan masa muda di halaman rumah sewaku ini !!
aku masih seperti ini lagi . terus berdiri sambil melihat bintang - bintang yang adakalanya gugusannya terbentuk seperti hati , indahnya , sambil tersenyum . terfikir sejenak tentang hatiku sekarang . tidak seperti dulu lagi . sesal !! aku ditarbiyah oleh bumai barakah ini untuk menjadi seorang yang cekal dan kuat . seorang yang tabah . seorang yang berani bertindak apabila melihat sesuatu yang bukan pada tempatnya . teringat sahabat tersayang nur lina izzati . selalu sahaja kami berkongsi cerita di kala ini . sekarang dia sudah tidak ada bersama ku lagi . dia melangkah meneruskan perjuangannya jauh dari aku . itulah kehidupan kan ? aku terpaksa terima dan redha . insyaALLAH .tiba-tiba terdengar seperti nama ku disahut pantas oleh seseorang yang sangat aku kenal . atikah !! lamunanku tersentak oleh suara Ilham nabila . seperti biasa dia merenung wajahku sambil tersenyum ,, '' tikah..dahla jgn fikir sangat benda tu..'' ,, sekadar itu ayatnya lalu berlalu seperti itu saja . terasa di situ dia sangat memahami aku . hanya dengan melihat memek mukaku dia mengetahui yang aku sangat terbeban dengan seribu persoalan . alhamdulillah semua sahabat yang hadir dan memberi inspirasi pada diri ini .

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan


Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan


Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Berkaca mataku ==''

salam sahabat ! ;)
sedihkan kalau kawan yang selama ini kita percaya tetapi mengkhianati kita ? sudah tentu . biarpun menyedari diri ini dikhianati , aku masih sayang dia . sebab ukhwah kerana ALLAH . aku harap suatu hari nanti dia sedar dan berubah insyaALLAH .

<3<3<3

sahabat yang baik
adalah sahabat yang cepat mengetahui kita dalam kesulitan
dan tidak hanya dalam kesenangan
karena kebanyakan sahabat sekarang
banyak yang INGIN dekat dengan kita
bila kita hanya ada sesuatu yang diingininya
jadi carilah sahabat yang boleh mengerti apa artinya hidup yang singkat ini
dan tidak mengutamakan kepentinganya
tapi lebih kepada solusi apa itu hidup
yang bisa mensyukuri dan menikmati setiap saat..insyaALLAH

"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)