Pages

Friday, March 30, 2012

Sahabat Teruskan Perjuanganmu !! ;)

Salam sahabat..kembali menulis semula.. ;) Ilham Nabila..seringkali aku melihat wajah sahabat ini dikala suka duka yang dilalui bersamanya sehari-hari . aku bersahabat dengannya kerana ALLAH .Aku sayang dia Ya ALLAH . Kurniakanlah dia jalan hidup yang mudah setelah jauh di mataku . selepas jam 1.30 , sudah termaktub dalam jadual pelajar-pelajar maktab mahmud bahawa masa untuk pulang telah pun tiba . seperti biasa dia melangkah kaki semakin menjauh meninggalkan bumi barakah untuk bersiap-siap meneruskan perjuangannya di medan lain .'' walau di mana kita berada pasti matlamat kita sama , iaitu mardhatillah '' tidak akan aku lupa lafaz yang sering kami ucapkan dikala ingin menyuntik kembali semangat baru dalam diri masing-masing.Ya ALLAH indahnya bersahabat keranaMu . Kemanisannya tidak hanya pada indahnya pertemuan . lintasan ''dia'' di hati , sudah cukup untuk memberikan pahala dan ganjaran dariNYA .

Wednesday, March 28, 2012

hatiku sekarang ? ==

salam sahabat !!
malam sudah mula meninggalkan masa muda di halaman rumah sewaku ini !!
aku masih seperti ini lagi . terus berdiri sambil melihat bintang - bintang yang adakalanya gugusannya terbentuk seperti hati , indahnya , sambil tersenyum . terfikir sejenak tentang hatiku sekarang . tidak seperti dulu lagi . sesal !! aku ditarbiyah oleh bumai barakah ini untuk menjadi seorang yang cekal dan kuat . seorang yang tabah . seorang yang berani bertindak apabila melihat sesuatu yang bukan pada tempatnya . teringat sahabat tersayang nur lina izzati . selalu sahaja kami berkongsi cerita di kala ini . sekarang dia sudah tidak ada bersama ku lagi . dia melangkah meneruskan perjuangannya jauh dari aku . itulah kehidupan kan ? aku terpaksa terima dan redha . insyaALLAH .tiba-tiba terdengar seperti nama ku disahut pantas oleh seseorang yang sangat aku kenal . atikah !! lamunanku tersentak oleh suara Ilham nabila . seperti biasa dia merenung wajahku sambil tersenyum ,, '' tikah..dahla jgn fikir sangat benda tu..'' ,, sekadar itu ayatnya lalu berlalu seperti itu saja . terasa di situ dia sangat memahami aku . hanya dengan melihat memek mukaku dia mengetahui yang aku sangat terbeban dengan seribu persoalan . alhamdulillah semua sahabat yang hadir dan memberi inspirasi pada diri ini .

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan


Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan


Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Berkaca mataku ==''

salam sahabat ! ;)
sedihkan kalau kawan yang selama ini kita percaya tetapi mengkhianati kita ? sudah tentu . biarpun menyedari diri ini dikhianati , aku masih sayang dia . sebab ukhwah kerana ALLAH . aku harap suatu hari nanti dia sedar dan berubah insyaALLAH .

<3<3<3

sahabat yang baik
adalah sahabat yang cepat mengetahui kita dalam kesulitan
dan tidak hanya dalam kesenangan
karena kebanyakan sahabat sekarang
banyak yang INGIN dekat dengan kita
bila kita hanya ada sesuatu yang diingininya
jadi carilah sahabat yang boleh mengerti apa artinya hidup yang singkat ini
dan tidak mengutamakan kepentinganya
tapi lebih kepada solusi apa itu hidup
yang bisa mensyukuri dan menikmati setiap saat..insyaALLAH

"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)