Pages

Friday, July 5, 2013

Aku bukan seperti mereka .

Aku tahu aku bukan seperti mereka , aku punya banyak kelemahan .
Banyak kekurangan .

Aku selalu tidak seperti yang kau sangkakakan , 
Aku selalu mengecewakan .

Mungkin kadang emosiku teruji ,
Aku tidak mampu untuk melawan dengan kata - kata di saat itu ,
Hanya air mata yang mampu berbicara untuk semuanya .

Sedihkan kalau kita selalu mengharapkan untuk difahami , tapi kita selalu diherdik balik .
Selalu dihina - hina ,
Selalu dibuat acuh tak acuh ,
Selalu dilekehkan ,
Selalu tidak dieendahkan .

Itulah .

Itulah , bila kita mengharap pada insan yang bernama MANUSIA . 

Mungkin kerana hati  '' aku dia dan mereka ini lembut '' hati yang selalu tidak ego seperti kamu .
Ya , itulah hati wanita .

Hati yang senang meruntun , 
Hati yang senang berduka ,
Hati yang senang terusik ,
Hati yang senang meratap .

Kamu tahu ? Hakikatnya , hati insan seperti kami ini tabah . Kerana ini juga hati ibu - ibu kamu .
Hati yang mendidik kamu .
Hati seorang isteri untuk ayah kamu .
Hati seorang yang mengandungkan kamu .

Jauh sekali jika kamu ingin menyamakan hati kamu dengan hati insan yang bergelar wanita ini .
Mungkin keadaan yang dialami itu sama , tapi tindak balas hati itu pasti berbeza .

Pasti.

Kelukaan itu menabahkan !


For those yang baca entry ni , aku minta maaf banyak - banyak . Andai ada salah - silap , sama ada sengaja atau tidak . Semoga ukhwah kita sampai kesyurga :') Take a good care , May ALLAH bless .

Thursday, June 6, 2013

Nasi lemak Utara Simple

Assalamualaikum :)

Selamat petang malaysia ! Jordan baru tengah hari ~

Untuk entry kali ni , nak kongsi resepi nasi lemak . Sedap dan simple je .
Sesuai untuk orang yang nak kejan waktu , tapi nak makan sedap-2..hehe .

NASI LEMAK 

Untuk yang tak reti langsung , meh follow cara nih .
oke , bahan - bahan :-

3 cawan beras
Santan
Serai ( dititik )
Pandan ( ikat )
Halia ( potong halus-2 )
Bawang merah ( potong )
Bawang putih ( tumbuk sikit dan potong )


Cara - cara 

Rendam tiga cawan beras dengan air yang tak terlalu banyak , dalam setengah jam sebelum masak dah start rendam . Nak bagi beras tu kembang je , supaya nanti bahan - bahan tu dapat meresap elok .

Oke , lepas setengah jam . Basuh beras macam biasa . Tuskan .

Untuk yang tak reti sukat pakai jari tu , senang je . Kita guna balik cawan yang kita ambil beras tadi . Pastikan cawan yang sama . Jangan tertukar cawan yer . Hehehe ^^
CONTOH : Tadi pakai 3 cawan beras kann , lepastu masuk air guna cawan yang sama macam cawan tadi 3 cawan setengah . Tambah setengah cawan . Bukan tiga cawan tepat yer . Nasi keras nanti yok . Hee

Dah faham kann ? Step seterusnya , Dua cawan santan bersama garam secukup rasa . Secawan setengah tu kita masuk air kosong macam biasa . Kalau dekat jordan air orang arab panggil moi/qarurah . Uuu ~

Masukkan jelah serai , pandan , halia , bawang merah dan bawang putih .

Kacau rata , tutup tudung periuk . Letak atas api . Sedia untuk makan ! Laparnyaaa . umphh :D

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan - bahan 

2 ulas bawang besar yang taklah besar mana pun
4 ulas bawang putih
Cili kering ( segenggam ) *genggam besar-2 sikit , hehe*

Cara - cara 

*Untuk cili kering tu potong buang biji dulu eh , lepastu rendam dengan air panas dalam 15 minit . Tanak kena appendiks kann ? Opss

Blend semua bahan tadi beserta sesudu minyak sampai hancur .

Panaskan minyak , kalau minyak bekas goreng ikan bilis tadi pun oke je .

Dah nampak asap naik dekat keliling belanga tu *mean belanga dah panas*
Tumiskan bahan yang diblend tadi sampai pecah minyak *lama jugak,sabar eh*

Then , masukkan garam , gula secukup rasa .

*Nak lagi sedap masukkan asam keping ( sekeping ) + sos tomato sikit .

Nanti dia akan naik bauu . Then dah masak . Siap !
Jemput makan .


BAHAN LAIN 

Ikan bilis
Timun
Telur rebus / goreng
Atau apa - apa yang disukailahh .

Hihi , jemput makan ~




Saturday, June 1, 2013

Give me time ^^

Assalamualaikum !

Lama sekali rasa tinggal blog ni , sejak datang Jordan tak pernah lagi renew post. Memandangkan banyak peristiwa , pengalaman , kisah , pengajaran yang makin menjadi - jadi sejak dua menjak ni , rasa nak jugak mencoret sesuatu dekat laman blogspot ni . HEE ~

Moga dapat sesuatu yang menarik :)

Untuk post kali ni , nak story tentang apa eh ?

Sejujurnya setiap dari kita mesti ada kisah sedih , suka , harapan dan impian . Cuma kisah mana yang paling banyak kita lalui akan sedikit sebanyak menjejaskan life kita samada dicorakkan dengan kesedihan , kegembiraan dan sebagainya lagi kann . Hmm .

OKE ! Takmau sedih-2, terutamanya kaum wanita macam kita ni kann . Suka sangat sembunyi perasaan tuu . Sebenarnya bukan nak sembunyi sangat pun , tapi nak jaga perasaan orang lain kan ? so kita let perasaan kita je lah yang terkorban . Nampak dah tu kemuliaan hati . Tapi kena ingat , setiap dari kita berhak dapat kebahagiaan tau ! So let's manage ourself :)

Setenang bunga .
Sentiasa bersangka baik okk ! Take care semua :)


Tuesday, August 14, 2012

Hati Kecil itu -,-


"Manusia suka menghukum."
Terasa tertampar dengar ayat dia. Hanya mampu tersenyum dan mengiyakan :)

Walau hati diajar untuk bersangka baik. Kadang-kadang tetap tak mampu untuk lari dari menilai orang lain. Oh hati. -.-

Manusia hanya mampu untuk 'menghukum' dari segi zahirnya, dari apa yang dilihat. Tapi kita takkan pernah tahu apa yang dilalui dan dirasai selagi kita tidak berada di tempatnya.

*sigh*

"Don't judge a book by its cover."

Relevan lagikah pepatah ini? Kalau kita sentiasa menilai sebelum mengetahui apa yang berlaku sebenarnya? 




"Dia gagal sebab selalu main-main dalam study."
"Dia gagal sebab hubungan dengan Allah kuranglah tuh."

Allahu Allah.
Siapa kita untuk menilai?
Siapa kita untuk menghukum pada orang yang teruji?
Adakah dia ingin merasa kegagalan itu?
Apakah dia tahu dia akan diuji?

Allah uji dia.
Mungkin untuk kifarah dosanya.
Mungkin Allah mahu naikkan tahap keimanan dia.
Mungkin itu tandanya Allah sayangkan dia lebih dari kita!
Dan mungkin Allah uji dia dan dalam masa yang sama Allah uji kita, 
adakah kita mengambil pengajaran dari kisahnya.
Mungkin.

Siapa kita untuk menilai?

You know my name, not my story.

"Tahu tak, dia tak lepas exam hari tu sebab dia sakit. Allah uji dia dengan sakit dan kemudiannya tak lepas exam. Tapi dia still cool. Hebatkan?

Oh, patutlah. Tak tahu pun dia sakit." 

Dan saya hanya mampu tersenyum. 

Kadang-kadang bila melihat orang yang 'rendah' dari kita,
kita rasakan kita lagi baik darinya.
Kita rasakan Allah uji dia sebab ada yang tak kena dengannya.

Allah.
Teruknya hati kecil itu. -.-

Mungkin belum tiba masanya untuk kita rasai apa yang dia sudah lalui.
Bukankah Allah uji manusia mengikut kemampuan hambaNya?
Lain manusia, lain ujiannya.

Kejayaan yang kita ada sekarang, hanya satu ujian.
Sama ada kita bersyukur atau tidak.
Bila diberikan kegagalan, kita akan terus nampak ia satu ujian.
Kalau diberikan kejayaan, tapi kita tidak bersyukur, bukankah ia satu ujian juga? (=

Muhasabah diri.

Bila terima berita, selidiklah dulu.
Bila terdengar sesuatu cerita, bertanyalah dulu.
Bila terlihat sesuatu, usah cepat menghukum.
Tapi didiklah hati untuk sentiasa bersangka baik.

Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dengan apa yang kita lihat.
Latih hati untuk bersangka baik dengan apa yang kita dengari.
Ajar hati untuk selalu bersangka baik dengan semua orang.
Bahkan didik hati kecil itu bersangka baik dengan Allah.

Sungguh beruntung orang yang selalu bersangka baik.
Kerana jiwanya sentiasa damai,

kerana hatinya sentiasa tenang,
kerana fikirannya sentiasa lapang,
dari prasangka yang bukan-bukan.

Manusia suka menghukum, tanpa sempat untuk mengetahui.
Manusia suka menilai, walau hanya dengan satu pandangan kasar.

Kita tak suka orang menilai kita kan?
Jadi, jangan menilai orang!
Siapa kita untuk menilai manusia yang lain?
Sesungguhnya, 
yang hanya berhak untuk menilai adalah DIA yang Maha Mengetahui.




Sunday, April 8, 2012

Best Quote 7 Petala Cinta . AWESOME =,=

Salam Ziarah ! :) Lepas tengok 7 Petala cinta ni , hehe . Saja nak kongsi .

-''Setiap wanita mempunyai ATTAR dalam hatinya'' .:: umi ::.

-''Ilmu itu ibarat haiwan liar , dan tali pengikatnya ialah catatan'' .::saida.::

-''Duhai bakal imamku , jangan biarkan hadirmu sekelip mata , dan jangan biarkan kebersamaan kita hanya sementara'' .::saida::.

-''Mana mungkin budak penyusun selipar macam aku ni layak untuk anak abi'' .:: attar .::

-''Mana ada penjenayah yang masuk rumah ALLAH , yang masuk rumah ALLAH ini orang yang baik2 orang yang mencari keredhoan allah orang yang menjungjung titah perintah allah dan yang masuk rumah ALLAH ini yang mahu membersihkan diri dan bertaubat . sesiapapun yang masuk sebenarnya dia ialah tetamu ALLAH'' .:: abi .::

-''Sebesar mana pun dosa yang kita lakukan sesungguhnya pengampunan ALLAH itu seluas langit yang tidak bertepi .seluas lautan yang tidak berpenghujung . ingatlah jika semua jalan tertutup untukmu , carilah jalan allah , kerana jalan allah itu seluas tujuh petala langit seluas tujuh petala bumi'' .:: abi ::.

-''YA ALLAH kau dakap orang yang mendekatimu ya ALLAH . kau sayang orang yang menyayangimu,kau sambutlah orang yang menderhakaimu ini ya allah , terimalah aku menjadi hambamu YA ALLAH.'' .:: attar ::.

-''Sesungguhnya jika tidak kerana kurniaan allah dan rahmat darinya . Manusia dalam perbuatan keji selamanya'' .:: abi ::.

-''Cinta bukan  melemahkan , tapi menguatkan , Cinta juga bukan menyedihkan tetapi mengembirakan'' .::hamka::.

-''RABB , berikan aku kekuatan untuk mengubah kedukaan ini kepada kegembiraan , RABB,,izinkan aku melupakan kenangan ini selamanya'' .:: saida ::.

-''Dah setahun ea? Molek sungguh perangai Ustaz Attar kita ni , mengintai anak dara orang'' .:: saida ::.

-''Apa yang awak tahu tentang diri saya tak lebih dari satu matan dalam satu perenggan dalam satu bab'' .:: saida ::.

-''Kesedihan dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang'' .:: attar ::.

-''Orang yang bergantung pada ALLAH tidak akan merasa sepi sebenarnya'' .:: abi ::.

-''Kenapa harus menolak untuk berjumpa dengan kekasih abadi'' .::saida::.

-''Layakkah saya abi ?'' .:: attar ::.

-''Inilah dia saidatul nafisah , bakal penyejuk JANNATUL AJLA'' .::abi::.

-''Masa depan milik allah cik kita tak tahu apapaun dan sebentar lagipun kita tak tahu apa yang akan jadi . ALLAH tidak akan membubarkan permintaan kita sekelip mata sedangkan permintaan iblis yang ingkar pun ALLAH perkenankan apatah lagi permintaan kita hamba allah sendiri'' .::attar ::.

-''Attar terlalu baik oangnya ustaz,,kata2 Attar telah menyentuh hati saya , kerana itu saya datang kesini , untuk masa depan saya ustaz'' .:: nida ::.

-''Ini ke balasan awak ? setelah saya bukakan pintu hati saya untuk awak Attar ? manusia macam awak ni kalau dah berbau busuk pakailah minyak wangi banyak manana sekalipun akan tetap berbau bangkai ..'' .::saida::.

-''Saya minta maaf Attar , saya tahu itu khilaf saya , mempercayai apa yang telah terjadi sebelum ini tanpa neraca yang adil bagi diri awak . saya malu dengan diri saya sendiri dan saya tahu awak terluka . Sedalam dalam luka awak tu dalam lagi luka di hati saya . saya tak akan maafkan diri saya sendiri Attar . Tidak akan'' .:: saida::.

-''Semua ni mengajar kita untuk mengenal diri dan hati yang ikhlas,hanya orang yang berjiwa besar dan mengaku kesilapan diri sahaja yang akan merasainya,pengalaman itu adalah guru sejati untuk kita,apapun yang terjadi itu semua takdir allah yang harus kita hadapi dengan tabah'' .:: saida::.

-''Banyak perkara yang boleh berubah hanya dengan doa'' .:: attar::.

-''Izinkan saya menjadi jendera jiwa terindah buat puteri abi'' .::attar::.

-''Kerana cintakan saudara..sahabat menafkahkan jiwa '' .::hilma::.

-''Maafkan saya Hamka . saya tidak tunggu awak .'' .:: saida ::.

-''Layakkah saya untuk merasakan lebih arif tentang cinta daripada ALLAH s.w.t yang telah menitipkan cinta pada kalian berdua'' .:: hamka ::.

-''Semoga kalian berdua dapat mencipta CINTA syurga di dunia sebelum meraih syurga CINTA dia akhirat'' .:: hamka ::.

-''Di antara tujuh petala langit dan bumi , ada tujuh petala cinta '' .::hamka::.




Monday, April 2, 2012

Hanya Sejenak ~!

duhai alam yang merestui kejadian
mengapa sampai di sini?
ketika matahari sedang rembang. 
Jauh.
Pudar!


Sebenarnya apa? 
pencarian.
ditusuk.
sakit lagi.ah ! 
Salam sahabat ! :)

Ayuh Muhasabah diri kita , lembutkan hati , bina semangat baru , kekuatan baru . buat sahabat2 yang sedang mencari pilihan/jalan hidup yang terbaik . kembali pada ALLAH . insyaALLAH terbaik !!

Friday, March 30, 2012

Sahabat Teruskan Perjuanganmu !! ;)

Salam sahabat..kembali menulis semula.. ;) Ilham Nabila..seringkali aku melihat wajah sahabat ini dikala suka duka yang dilalui bersamanya sehari-hari . aku bersahabat dengannya kerana ALLAH .Aku sayang dia Ya ALLAH . Kurniakanlah dia jalan hidup yang mudah setelah jauh di mataku . selepas jam 1.30 , sudah termaktub dalam jadual pelajar-pelajar maktab mahmud bahawa masa untuk pulang telah pun tiba . seperti biasa dia melangkah kaki semakin menjauh meninggalkan bumi barakah untuk bersiap-siap meneruskan perjuangannya di medan lain .'' walau di mana kita berada pasti matlamat kita sama , iaitu mardhatillah '' tidak akan aku lupa lafaz yang sering kami ucapkan dikala ingin menyuntik kembali semangat baru dalam diri masing-masing.Ya ALLAH indahnya bersahabat keranaMu . Kemanisannya tidak hanya pada indahnya pertemuan . lintasan ''dia'' di hati , sudah cukup untuk memberikan pahala dan ganjaran dariNYA .